Kelayakan

  1. Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred B29 : RM1,499.00); atau

     

  2. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau

     

  3. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau

     

  4. Diploma dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78)