Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti berikut :
Klik pada Nama Jawatan di bawah untuk melihat syarat-syarat kelayakan dan pengalaman yang diperlukan.
BIL |
JAWATAN |
GRED |
GAJI |
|
MINIMUM (RM) |
MAKSIMUM (RM) |
|||
1. |
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT | F9
|
2,250.00 |
11,110.00 |
2. |
PENJAGA JENTERA ELEKTRIK | J1
|
1,500.00 |
4,680.00 |
Penetapan gaji permulaan | : | Berasaskan kelayakan, pengalaman dan kemahiran calon |
Elaun | : | Seperti berikut : |
ELAUN (RM) |
GRED |
|
F9 |
J1 |
|
Imbuhan Tetap Perumahan
|
300.00 |
300.00 |
Imbuhan Tetap Khidmat Awam |
300.00 |
115.00 |
Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM150 – RM350 (Tertakluk kepada penempatan) |
BIL. |
JAWATAN / GRED |
BAHAGIAN |
BILANGAN KEKOSONGAN |
1. | Pegawai Teknologi Maklumat / F9 |
Teknologi Maklumat & Khidmat Korporat |
1 (Kontrak) |
2. | Penjaga Jentera Elektrik / J1 |
Pengurusan, Kewangan & Pembangunan |
1 (Kontrak) |
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga had umur pelantikan pada tarikh tutup iklan jawatan adalah seperti berikut;
i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
i) Permohonan jawatan hanya boleh dibuat melalui http://onlinejob.mpob.gov.my
ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil sehingga dihubungi oleh pihak sekretariat.
iii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
iv) Hanya pemohon yang MENGISI permohonan secara atas talian seperti di para (i) dan melepasi saringan akan dipanggil temuduga.
v) Sebarang permasalahan / pertanyaan, sila emailkan kepada onlinejob@mpob.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.
Tarikh tutup iklan jawatan pada 31 Disember 2024, Jam 5:30 Petang.