Kelayakan

  1. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melaysia dengan memuaskan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,360.00); atau

     

  2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

     

  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannay.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau

     

  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannay.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24);

     

  5. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Jurufotografi Gred B21 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
    1. memenuhi syarat lantikan sepertimana kelayakan yang dinyatakan pada gred B19 dan para D:UMUR serta E:SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU; dan
    2. (i) memenuhi tempoh pangalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
      (ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
      (Gaji permulaan lantikan pada gred B21: RM2,047.00)