Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti berikut :

Klik pada Nama Jawatan di bawah untuk melihat syarat-syarat kelayakan dan pengalaman yang diperlukan.

BIL
JAWATAN
GRED
GAJI
MINIMUM (RM)
MAKSIMUM (RM)
1.
 PEGAWAI PENYELIDIK
Q9
2,250.00
11,110.00
2.
 PEGAWAI TADBIR
N9
2,250.00
11,110.00
3.
 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
F9
2,250.00
11,110.00
4.
 PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
Q5
1,650.00
6,620.00
5.
 PENOLONG PEGAWAI TADBIR
N5
1,650.00
6,620.00
6.
 PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
F5
1,650.00
6,620.00
7.
 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
N1
1,500.00
4,680.00
8.
 PEMBANTU PENYELIDIK
Q1
1,500.00
4,680.00
9.
 PEMBANTU KHIDMAT AWAM
H1
1,500.00
4,680.00


Penetapan gaji permulaan : Berasaskan kelayakan, pengalaman dan kemahiran calon
Elaun : Seperti berikut :
ELAUN (RM)
GRED
Q9 / N9 / F9
Q5 / N5 / F5
Q1 / N1 / H1
 Imbuhan Tetap Perumahan
300.00
300.00
300.00
 Imbuhan Tetap Khidmat Awam
300.00
160.00
115.00
 Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM150 – RM350 (Tertakluk kepada penempatan dan gred jawatan)
 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) dan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) tertakluk di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuatkuasa mulai 1 Disember 2024

Klik di sini untuk melihat penemapatan bagi jawatan yang ditawarkan.

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga had umur pelantikan pada tarikh tutup iklan jawatan adalah seperti berikut;

i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

i) Permohonan jawatan hanya boleh dibuat melalui http://onlinejob.mpob.gov.my

ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil sehingga dihubungi oleh pihak sekretariat.

iii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

iv) Hanya pemohon yang MENGISI permohonan secara atas talian seperti di para (i) dan melepasi saringan akan dipanggil temuduga.

v) Sebarang permasalahan / pertanyaan, sila emailkan kepada onlinejob@mpob.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.

Tarikh tutup iklan jawatan pada 30 April 2025, (Rabu, jam 5.30 Petang)